Sejarah Fiji Island - Biografi dan Sejarah

Our site moved here Sejarah dan Biografi

Saturday, September 2, 2017

Sejarah Fiji Island

  Sejarah Fiji Island         Republik Kepulauan Fiji yang juga dikenali sebagai Matanitu ko Viti oleh masyarakat tempatannya adalah sebuah negara kepulauan di selatan Lautan Pasifik. Negara ini terletak di bahagian Garis Lintang iaitu kira-kira 15° S sehingga 22° S dan garis bujur pula adalah pada kedudukan 175° T sehingga 177° B. Negara ini juga berkedudukan kira-kira 1,100 batu dari New Zealand, 1,500 batu dari Utara-Timur Australia dan 2,765 batu dari barat daya Hawaii. Meyingkap kembali sejarahnya, Kepulauan Fiji dikatakan telah pun dihuni semenjak 3,500 tahun dahulu oleh masyarakat Melanesia dan Polinesia dan dianggarkan mempunyai kira-kira 320 buah pulau, 840 pulau-pulau kecil dan termasuklah dua buah pulau terbesarnya iaitu Viti Levu dan Vanua Levu. Viti Levu ataupun digelar sebagai “Great Fiji” pula, dianggarkan berkeluasan kira-kira 10,386 km persegi dan di bahagian inilah terletaknya Suva iaitu merupakan ibu negara Fiji. Suva merupakan salah satu daerah Fiji yang paling padat yang mana terdiri daripada kota-kota pantai dan juga lembangan sungai yang memiliki tanah yang subur serta sesuai untuk kegiatan pertanian. Selain itu, terdapat beberapa wilayah lain yang terangkum dalam republik tersebut iaitu Naitasiri, Namosi Rewa, Serua dan Tailevu yang terletak di bahagian tengah. Daerah-daerah

Republik Kepulauan Fiji yang juga dikenali sebagai Matanitu ko Viti oleh masyarakat tempatannya adalah sebuah negara kepulauan di selatan Lautan Pasifik. Negara ini terletak di bahagian Garis Lintang iaitu kira-kira 15° S sehingga 22° S dan garis bujur pula adalah pada kedudukan 175° T sehingga 177° B. Negara ini juga berkedudukan kira-kira 1,100 batu dari New Zealand, 1,500 batu dari Utara-Timur Australia dan 2,765 batu dari barat daya Hawaii. Meyingkap kembali sejarahnya, Kepulauan Fiji dikatakan telah pun dihuni semenjak 3,500 tahun dahulu oleh masyarakat Melanesia dan Polinesia dan dianggarkan mempunyai kira-kira 320 buah pulau, 840 pulau-pulau kecil dan termasuklah dua buah pulau terbesarnya iaitu Viti Levu dan Vanua Levu. Viti Levu ataupun digelar sebagai “Great Fiji” pula, dianggarkan berkeluasan kira-kira 10,386 km persegi dan di bahagian inilah terletaknya Suva iaitu merupakan ibu negara Fiji. Suva merupakan salah satu daerah Fiji yang paling padat yang mana terdiri daripada kota-kota pantai dan juga lembangan sungai yang memiliki tanah yang subur serta sesuai untuk kegiatan pertanian. Selain itu, terdapat beberapa wilayah lain yang terangkum dalam republik tersebut iaitu Naitasiri, Namosi Rewa, Serua dan Tailevu yang terletak di bahagian tengah. Daerah-daerah lain seperti Kadavu, Lau, Lomaiviti dan Rotuma pula berada di bahagian timur Fiji dan di bahagian utara kepulauan tersebut pula merangkumi beberapa daerah seperti Bua, Cakaudrove dan Macuata. Sementara wilayah-wilayah lainnya seperti Ba, Nadroga-Navosa dan juga Ra pula berada di bahagian barat kepulauan tersebut. Vanua Levu pula keluasannya adalah lebih kecil berbanding dengan Viti Levu iaitu hanya seluas 5,535 km persegi.


Walaupun kepulauan ini memiliki ratusan buah pulau-pulau kecil, sederhana dan besar, namun hanya satu pertiga atau kira-kira 150 buah pulau sahaja yang berpenghuni. Pulau Rotuma yang letaknya kira-kira 386 km persegi iaitu 240 batu di sebelah barat laut Fiji dan berkeluasan seluas 17 batu persegi juga termasuk dalam kelompok Kepulauan Fiji apabila pulau tersebut diisytiharkan menjadi sebahagian daripada wilayah Fiji pada tahun 1981. Hal ini telah menjadikan keluasan keseluruhan republik tersebut adalah dianggarkan berjumlah kira-kira 18,270 km persegi atau 7,054 batu persegi. Orang yang mula-mula menemui Pulau Rotuma ialah Quiros, iaitu orang Eropah dan menamakan pulau tersebut sebagai Tuamaco. Kemudian pulau tersebut dinamakan pula sebagai Grenville Island oleh Kapten Edwards yang menemuinya selepas Quiros. Pulau utama Fiji adalah bergunung-ganang dan berasal daripada gunung berapi. Ia dikelilingi oleh terumbu karang yang berbahaya. Pulau pasir dan lumpur yang dihakis oleh sungai berabad-abad lamanya telah terbentuk di atas sesetengah terumbu karang. Tempat yang paling tinggi ialah Gunung Tomanivi, iaitu setinggi 1323 meter. Hampir 30 puncak yang lain mempunyai ketinggian lebih 910 meter. Kepulauan ini sememangnya terkenal dengan keindahan semulajadi yang menarik dan menjadi tempat pelancongan serta sumber janaan ekonomi yang utama selain daripada industri gula.

Iklim bagi kepulauan Fiji pula adalah tropika iaitu panas dan lembap dengan suhu purata sepanjang tahun yang dicatatkan adalah sekitar 16° hingga 32° C atau 60° hingga 90° F. Tambahan pula, Fiji terletak di laluan angin barat tenggara yang hampir sepanjang tahun membawa hujan lebat ke pantai timur dan selatan. Bulan Februari dan bulan Mac merupakan bulan yang yang paling lembap manakala iklim pada musim sejuk adalah sangat kering. Hujan tahunan di Suva lebih daripada 300cm sementara Lautoka di barat laut pulau yang sama hanya menerima hujan 180cm. Suhu Suva berjulat daripada 30° C pada bulan Februari hingga 20° C pada bulan Ogos. Selain itu, bahasa rasmi Fiji adalah bahasa Inggeris dan digunakan di sekolah namun negara ini juga mempunyai dua bahasa utama, iaitu bahasa Fiji dan Hindi. Bahasa Fiji dikaitkan dengan bahasa Polinesia. Sesetengah huruf disebut secara yang berlainan dalam bahasa Fiji. Misalnya, nama Cakobau, iaitu ketua Fiji yang terkenal disebut thakombau. Terdapat juga sesetengah buku tentang Fiji yang dicatat untuk digunakan di luar negara menggunakan ejaan fonetik.

Kepulauan ini telah ditemui oleh penjelajah Belanda, iaitu Abel Tasman ketika beliau berusaha menjejak benua Selatan Besar atau juga dikenali sebagai Terra Australis pada tahun 1643. Hal ini disusuli pula oleh beberapa penjelajah yang lain iaitu Kapten James Cook pada tahun 1774, Charles Wilkes yang pada ketika itu mengetuai ekspedisi pelayaran Amerika selama tiga bulan dalam tahun 1884, Wilson dan juga Kapten Bligh. Walau bagaimanapun sekitar abad ke-19, barulah orang-orang Eropah tiba di kepulauan tersebut dan menetap di sana secara kekal. Pada 10 Oktober 1874 pula, berikutan dengan penyerahan The Deed of Session, maka Kepulauan Fiji telah jatuh ke tangan Great Britain dan kemudiannya dijadikan sebagai sebahagian daripada tanah jajahan negara Eropah tersebut. Fiji telah mengalami banyak masalah dalam usaha untuk mendapatkan kemerdekaan daripada pihak British. Selepas mencapai kemerdekaan, wujud pula peristiwa rampasan kuasa oleh pihak tentera bagi menjatuhkan kerajaan demokrasi British sebanyak dua kali pada tahun 1987. Akibat daripada kedua-dua kudeta ini maka sistem monarki Britain telah dihapuskan. Gabenor General telah digantikan dengan seorang Presiden bukan eksekutif dan nama negara ditukar dari Sovereign Democratic Republic of Fiji menjadi Republic of the Fiji Island.

  Sejarah Fiji Island         Republik Kepulauan Fiji yang juga dikenali sebagai Matanitu ko Viti oleh masyarakat tempatannya adalah sebuah negara kepulauan di selatan Lautan Pasifik. Negara ini terletak di bahagian Garis Lintang iaitu kira-kira 15° S sehingga 22° S dan garis bujur pula adalah pada kedudukan 175° T sehingga 177° B. Negara ini juga berkedudukan kira-kira 1,100 batu dari New Zealand, 1,500 batu dari Utara-Timur Australia dan 2,765 batu dari barat daya Hawaii. Meyingkap kembali sejarahnya, Kepulauan Fiji dikatakan telah pun dihuni semenjak 3,500 tahun dahulu oleh masyarakat Melanesia dan Polinesia dan dianggarkan mempunyai kira-kira 320 buah pulau, 840 pulau-pulau kecil dan termasuklah dua buah pulau terbesarnya iaitu Viti Levu dan Vanua Levu. Viti Levu ataupun digelar sebagai “Great Fiji” pula, dianggarkan berkeluasan kira-kira 10,386 km persegi dan di bahagian inilah terletaknya Suva iaitu merupakan ibu negara Fiji. Suva merupakan salah satu daerah Fiji yang paling padat yang mana terdiri daripada kota-kota pantai dan juga lembangan sungai yang memiliki tanah yang subur serta sesuai untuk kegiatan pertanian. Selain itu, terdapat beberapa wilayah lain yang terangkum dalam republik tersebut iaitu Naitasiri, Namosi Rewa, Serua dan Tailevu yang terletak di bahagian tengah. Daerah-daerah

Pada asalnya, kepulauan ini digelar sebagai Viti yang mana menurut penduduk Austronesian bermaksud “timur” atau “matahari terbit”. Etnik Fiji pula menggelarkan diri mereka sebagai Kai Viti yang bermaksud “penduduk Viti”. Republik Kepulauan Fiji merupakan salah sebuah negara multietnik atau berbilang bangsa iaitu terdiri daripada beberapa etnik seperti peribumi Fiji, Indo-Fiji, Eropah, Rotuman, Cina, Banaban dan sebagainya. Menurut Martha Kaplan dalam artikelnya yang berjudul Discourses Agaist Democracy in Fiji, Past and Present, sejak akhir kurun ke-19 lagi, Fiji telah menjadi sebahagian daripada kolonial Eropah dan kemunculan kuasa kolonial ini telah mewujudkan lebih daripada tiga hingga empat kumpulan etnik utama. Kumpulan yang pertama dikenali sebagai Indigenous Fijian atau peribumi Fiji yang mendakwa mereka adalah kumpulan etnik yang berketurunan atau berasal daripada sekitar kepulauan Pasifik. Mereka berkulit gelap dan berambut kerinting. Hampir kesemuanya adalah penganut agama Kristian, iaitu fahaman Kristian Methodist. Indo-Fijians pula merupakan kumpulan masyarakat yang berasal dari Asia Selatan yang kemudiannya memasuki Kepulauan Fiji untuk bekerja dalam sektor perladangan semasa zaman kolonial British. Kira-kira 80 orang bagi setiap 100 orang India beragama Hindu dan yang lain beragama Islam. Kumpulan yang seterusnya pula adalah golongan kolonial British yang merupakan kumpulan pentadbir, mubaligh, peneroka, peniaga atau pedagang dan ada sebahagian daripada kumpulan ini juga memasuki Fiji melalui New Zealand dan Australia. Akibat daripada kepelbagaian etnik ini maka timbullah pelbagai masalah yang berkaitan terutamanya apabila golongan migrasi tersebut mula mencampuri serta melibatkan diri secara aktif dalam aspek ekonomi dan juga politik di negara berkenaan.
Load disqus comments

0 komentar